Menjadi pengumpul barang-barang lama, aku yang masih mentah ini memiliki beberapa barang yang cukup berharga dan mampu mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dahulu.
Almari, televisyen, radio, mesin taip, basikal, beg, telefon, jam dan mainan antara yang aku miliki secara kecil-kecilan. Cukup sekadar perhiasan sahaja.
Sejak zaman belajar lagi, aku sudah berjinak-jinak mengumpul barang-barang lama yang dimulakan dengan jam dinding berharga RM35. Semasa membelinya di Jonker Street, Melaka, penjual jam tersebut yang aku panggil uncle menjual dengan harga tersebut kerana menurutnya sudah rosak.
Hendak dijadikan cerita, aku pun baiki sendiri jam itu dan ha ha ha masih berfungsi. Kalau menurut pasaran ketika itu, boleh jual RM300 rasanya. He he he untung aku.
Berpindah ke Kangar, Perlis, ya aku meneruskan hobi mengumpul barang-barang lama. Di stor milik abang Mat Perabot, aku beli sebuah almari lama. Di almari itulah aku letak pelbagai barang-barang yang membawa kenangan buat aku.
Tak nak cakap banyak, boleh saksikan barang-barang yang aku miliki. Nak jual sayang pula rasanya. Tapi kalau kena harga, apa salahnya kan?...Kalau ada yang nak sewa untuk fotografi, boleh aja. Hubungi aku ok.
|
Kotak kayu (katanya kotak ubat) yang aku isi dengan koleksi kenang-kenangan ketika ditugaskan di Moscow dahulu. Juga ada kereta mainan lama. |
|
Televisyen lama (hitam putih) yang masih berfungsi aku letakkan di atas peti besi lama. |
|
Radio lama, telefon, jam dan teko lama. |
|
Mangkuk tingkat dan bekas makanan (merah). |
|
Tin biskut lama dan botol minuman 7up. |
|
Tin-tin bekas rokok. |
|
Radio lama jenama Sanyo dan tabung Peter Pan. |
|
Batu penimbang dan alas cawan. |
|
Bekas tin biskut. |
|
Buku-buku lama dan lampu minyak tanah. |
|
Beg lama jenama Echolac. |
|
Lukisan minyak. |
|
Beg Qantas Airways.
|
|
Almari lama yang penuh dengan barang-barang kenangan.
|
|
Kerusi dan beg lama. |
|
Mesin taip jenama Olympia, meja dan kotak kayu lama. |
|
Almari lama, pemain piring hitam dan mainan kereta bomba.
|
|
Bekas botol minuman, radio lama dan peti besi.
|
|
Kipas lama.
|
|
Tabung berbentuk pondok telefon London.
|
|
Telefon lama.
|
|
Basikal tua.
|
|
Almari kayu kecil ini aku beli dengan seorang brother bernama Bobo di Putrajaya. |
|
Jam lama yang aku beli dengan harga RM35. |
|
Lagi beg lama berwarna merah.
Itulah sahaja koleksi yang aku sempat titipkan menerusi ruangan ini. Memang seronok kumpul barang-barang lama dan bertambah seronok kalau tahu sejarah di sebalik barang itu.
|
salam tuan.menarik.setiap org dan barang yg dimiliki mempunyai kisah tersendiri.
ReplyDeleteHehehe...saya ni masih baru...
ReplyDeletesalam..agak2 bole sewa tak barang2 tu?
ReplyDelete